Sabtu, 22 Maret 2008

lirik lagu malaysiaku gemilang

LIRIK LAGU

Marilah kita semua

Atas nama negarabangsa

Dengan Tekad mulia

Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua

Di dalam satu suara

Dengan degupan Merdeka

Menjulang budaya bangsa

Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang

Merdekanya terbilang

Berdaulat dan makmur

Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian

Malaysia, kebahagiaan kebanggaan

Malaysia, cemerlang terbilang

Malaysiaku gagah gemilang

Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya


Rabu, 19 Maret 2008

karangan jenis laporan

kertas kerja program sukan

AKTIVITI KOKURIKULUM 2007 ( PERMAINAN )
“ PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN “
1.
1. NAMA AKTIVITI : Kelab Sepak Takraw
2.RASIONAL : 1- Menyediakan pasukan yang mantap melalui pemilihan yang lebih sistemetik.
2- Memantapkan kemahiran untuk mezahirkan matlamat Kementerian Pelajaran memajukan diri
dalam bidang sukan.
3.
MATLAMAT : Memberikan pendedahan dan mengembangkan bakat pelajar dalam kemahiran
sepak takraw.
4.
OBJEKTIF : 1. Menguasai kemahiran asas dalam sepak takraw.
2. Menjadikan sukan sepak takraw sebahagian dari sukan yang diminati di sekolah.
3. Mengenali secara dekat permainan sepak takraw dalam diri murid.

5. MAKLUMAT PERLAKSANAAN : Dijalankan dalam dua fasa.
1. Fasa 1 : Menjalankan pertandingan secara terbuka secara liga.
2. Fasa 2 : Latihan pusat berjadual secara sistemetik.

6. TARIKH : 16 .7.2007 hingga 27.7.2007 ( Fasa 1 )
1.8.2007 hingga 30.8.2007 ( Fasa 2 )

7. TEMPAT : Gelangang Sepak Takraw SKGS

8. MASA : Khamis ( 3.00 - 5.00 petang )
Sabtu ( 8.00 - 11.00 pagi )

9. KUMPULAN SASARAN : Pelajar Tahun 4 & 5 sahaja

10. BILANGAN PESERTA : Fasa 1 ( secara terbuka ) Fasa 2 ( 12 orang )

11. BILANGAN HARI LATIHAN : Fasa 1 : 10 hari dan Fasa 2 - 22 hari

2. PERALATAN : Gelanggang , net dan bola takraw

13. JAWATANKUASA : Seperti lampiran “A”

14. JADUAL : Seperti lampiran “B”

15. ANGGARAN PERBELANJAAN : Seperti lampiran “C”

16. HARAPAN DIAKHIR AKTIVITI : Pelajar dapat meneruskan aktiviti dan latihan ini dan
mewakili sekolah dan seterusnya keperingkat setinggi yang boleh.


Jumat, 14 Maret 2008

lagu banjar


lagu ni angah tujukan kepada semua kulaan banjar. amun mendangar lagu ni..ganangi angah.
salam semua kulaan banjar.

angerik harimau

Angerik harimau ni adalah pemberian seorang kawan YM aku. Dia cakap angerik ni memang cantik. Sebenarnya akupun tak pernah tengok. Mekasih pada Irah yang sent bunga ni pada aku.

dasar luar malaysia

Definisi Dasar Luar .

Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat muka surat 317 memberikan definisi dasar sebagai asas atau prinsip yang asas. Manakala luar pula ialah yang berkaitan keadaan yang berada ditempat lain.

Mengikut SP Star (2001), dasar luar boleh diertikan sebagai garis panduan bagi segala tindakan yang diambil oleh Negara ini apabila ia berhubung dengan Negara lain.

Menurut Mohd Noor Mat Yazid (1994), Dasar Luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga

kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara.

Al-Hafiz (1990), mendefinisikan Dasar Luar sebagai sesuatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.

Mengikut Dr.Hashim Husin (1990), Dasar Luar boleh dianggap sebagai instrument atau alat yang diperlukan oleh sesebuah Negara untuk berhubung atau berinteraksi dengan sesebuah Negara lain, baik yang berjiran atau yang berada jauh dengannya.

Objektif Dasar Luar Malaysia.

 
Objektif Dasar Luar Malaysia antara lain adalah untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena  antarabangsa. 
Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia.  Ini merupakan tonggak utama dalam pengubalan dasar luar negara.  Mempertahankan  prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak  campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.Perkara ini diambil Kira juga demi memastikan keamanan negara terpelihara dan dihormati oleh negara luar.  Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di peringkat antarabangsa.  Usul ini juga dipertimbangkan untuk memajukan negara selaras dengan asas perkembangan pembangunan negara Malaysia.
 
 
Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang; memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain. Perkara ini dipastikan agar Malaysia dapat mengadakan hubungan dua-hala dengan negara asing untuk kepentingan bersama.  Hubungan yang baik juga memberikan impak positif dalam proses menuju kepada negara maju 2020.  Mempertahankan pendirian serta kepentingan negara-negara membangun di peringkat  antarabangsa.  Ikatan perhubungan bersama negara-negara membangun lain juga diberikan perhatian.  Pendirian sesebuah negara anggota akan tetap dipertahankan demi kemajuan dan perkembangan suasana politik yang stabil. Ini juga akan membantu ke arah kemajuan Negara Malaysia.

Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia.

Pertama,  Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.  Maknanya Negara kita Malaysia membuat dasar luar yang bersangkutan dengan keupayaan mempertahankan Negara dan negara-negara  disekitarnya supaya sentiasa dalam keadaan aman dan bebas.  Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali.  Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN.  Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb.November 1970 Malaysia mula  memberi penekanan kepada dasar non-aligned dan telah menjadi ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970. Sikap berbaik-baik dengan semua negara diamalkan tanpa mengira kefahamandan ideologi. Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China juga negara-negara Indochina di samping meningkatkan kerjasama ASEAN. Malaysia memberi penekanan kepada konsep Zon Aman, Bebas dan  Berkecuali (ZOPFAN) dan South East Asia Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ).

Negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Sebagai contoh, Mengenai Perundangan Samudra 1982 yang lebih dikenali dengan akronim Bahasa Inggerisnya iaitu UNCLOS.

Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara. Oleh yang demikian, dasar luar Malaysia lebih menumpukan kepada dasar berbaik-baik dalam soal perhubungan antara negara lain. Usaha mengekalkan keamanan diperhebatkan dengan merangka rakgkaian usaha-sama ekonomi antara Malaysia dan negara jiran terdekat. Penubuhan hubungan kejiranan ini dapat membantu mengekalkan keamanan serantau.

Ketiga, Mempertahan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Ini membawa maksud bahawa Malaysia dengan dasar-dasar luarnya berpegang pada prinsip menghormati dan mengakui kedaulatan wilayah serta tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran sesebuah Negara yang berdaulat.Kerajaan mengamalkan dasar luar yang pro-Barat, anti-komunis, anti-Israel, dan anti-apartheid. Tahun-tahun awal kemerdekaan juga melihatkan negara menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan Komanwel. Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 sebelum terbentuknya ASEAN pada tahun 1967.

Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D.

Sebagai contoh, di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad, Malaysia telah dua kali mengambil tempat di Majlis Keselamatan (MK) PBB, iaitu pada  tahun 1988-1989 dan 1999-2000. Tahun 1996 pula menyaksikan Tan Sri  Razali Ismail, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-51 dan sekarang ini memainkan peranan sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar.  Bahawa secara amnya, Malaysia mula lebih percaya kepada kebolehannya dan berani menyatakan pendapat serta kedudukannya mengenai pelbagai isu semasa di arena antarabangsa.  Bukan sahaja kepentingan Negara kita sahaja yang diketengahkan, malah pendirian dan kepentingan  negara-negara membangun dari Selatan dalam menangani isu-isu seperti demokrasi, hak asasi manusia dan alam sekitar juga diketengahkan.

Keempat, Dasar-dasar luar Malayisa juga mempunyai kerpecayaan dan kerjasama yang komited terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Malaysia. Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998.

Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara

Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas

hubungan luarnya.

faktor-faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Malaysia.

Dasar luar negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, sebagai contoh faktor sejarah, faktor politik, faktor ekonomi dan sebagainya.

Persekitaran geostrategik

Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakkan negara di rantau ini seperti Singapura, Tahiland, Indonesia, Filipina dan Brueni. Perairannya juga menjadi laluan utama papal-kapal perdagangan di dunia. Dengan ini, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.Negara kita terletak di tempat yang paling strategik di dunia. Kedudukannya ini di pertengahan laluan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan negara kita mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga sentiasa berusaha memastikan kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan kawasan ini satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.

Struktur ekonomi negara

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjaslin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Setalah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara disamping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980an, melalui dasar Pandang ke Timar, pelaburan asing juga digalakan dari negara-negara di Timar, pelaburan asing juga dari negara-negara di Timar terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malayisa menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di camping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Negara kita kaya dengan bahan mentah seperti petroleum, getah, bijih timah, kelapa sawit dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan negara kita memerlukan ramai rakan perdagangan untuk memasarkan barangan dan hasil negara kita. Maka kita haruslah mengkaji aspek dasar luar negara yang diamalkan tidak membawa keburukan kepada rakan perdagangan yang sedia ada, di sebaliknya dapat menarik ramai lagi rakan perdagangan.

Struktur politik negara

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpalrlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Plastin bagi mengwujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada PIagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. Negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Maka kita akan berhubung dengan negara yang juga memperjuangkan prinsip yang sama.

Demografik

Malayisa menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang mejorita beragama Islam.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Negara kita negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan oleh yang demikian negara kita mengamalkan dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dan juga prinsip-prinsip penghormatan hak asasi manusia. Bukti negara kita mengamalkan dasar ini ialah negara kita telah menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang mengancam hak asasi manusia dan bertentangan dengan amalan perpaduan yang wujud di negara kita.

Keselamatan negara

Dasar luar negara kita juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara. Sebagai contoh, keganasan komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak berhubung dengan negara komunis. Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan negara kita menentang Vietnam yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar yang cuba menggugat kestabilan politik di Asia Tenggara. Pendirian ini perlu untuk menjaga kestabilan politik serantau. Usaha ini amat perlu dilakukan oleh Malaysia melalui dasar luarnya.

Keadaan politik serantau

Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara kita. Dasar luar negara kita bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas dilihat apabila negara kita memainkan peranan yang aktif dalam segala perbincangan mengenai Kampuchea. Negara kita telah cuba menyelesaikan konflik di negara tersebut agar keamanan dan kestabilan politik wujud di negara itu.

Institusi antarabangsa

Institusi antarabangsa yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB merupakan satu pertubuhan yang selalu cuba menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia. PBB juga berusaha melindungi hak manusia. Maka, apabila negara kita menyertai pertubuhan ini, negara kita akan dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini dan menyelaraskan dasar luar negara kita supaya selaras dengan prinsip-prinsip pertubuhan tersebut. Selain PBB, negara kita juga menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya.

Hubungan diplomatik

Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. Untuk membolehkan negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara yang lain. Oleh sebab hubungan diplomatik yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh negara kita akan digubal supaya sesuai dengan keadaan tersebut.

Undang-undang antarabangsa

Dasar luar negara kita dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara kita menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan antarabangsa telah menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika tindak-tanduk semua negara terutamanya peraturan atas perundangan tentang diplomasi, menghormati keutuhan negara lain, komunikasi dan juga mekanisme untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan. Maka, dasar luar negara kita juga terikut-ikut dengan undang-undang yang ditetapkan.

Perkembangan Dasar Luar Malaysia sejak Merdeka ingá kini.

Negara kita mengamalkan dasar luar yang ingin mengadakan hubungan dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman, damai dan persahabatan. Sejak merdeka, dasar luar negara boleh dibahagikan kepada dua tahap: dari tahun 1957 hingga 1969/1970 dan dari tahun 1970 sehingga era kepimpinan Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi.

Era pentadbiran YTM Turku Abdul Rahman Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini. Pada prinsipnya negara mengamalkan dasar berkecuali tetapi ia lebih cenderung ke arah pro-Barat.

Malaysia mencapai kemerdekaan, berlaku ketegangan dalam politik antarabangsa yang melibatkan pertentangan antara dua blok, iaitu blok Barat pimpinan Amerika dan blok Timur pimpinan Rusia. Pertelingkahan antara dua kuasa ini telah banyak mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara kecil sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan. Pertahanan negara pada masa itu amat bergantung kepada Britain. Ini selaras dengan Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement yang ditandatangani pada tahun 1957 yang menyerahkan tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu kepada Britain, sekiranya Malaya diserang dari luar. Ini bermakna Malaya terpaksa bersifat pro-Barat dalam hubungan luarnya bagi memastikan keselamatannya. Tunku amat menyedari bahawa sekiranya Malaya bersifat pro-Rusia atau China ia merupakan satu tindakan yang akan mengancam kedudukan Malaya dari segi keselamatan. Tunku berpandangan bahawa fahaman komunis yang mendapat dokongan kuat dari negara Rusia dan China akan mengancam kedudukanMalaya. Beliau berpendirian demikian kerana Malaya telah menghadapi ancaman dari Parti Komunis Malaya sejak dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. Berasaskan pendirian ini, Malaya tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia, China dan negara-negara komunis yang lain.

Di bawah kepimpinan Tun Razak yang era pemerntahannya diantara tahun 1970 sehingga 1976 terdapat sedikit perubahan yang dilakukan terhadap dasar luar Malaysia. Dasar berkecuali Asia Tenggara telah menjadi satu matlamat yang dijuruskan dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap penglibatannya dalam pakatan ASEAN iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. Dasar Asean adalah jelas iaitu kuasa-kuasa besar perlu mengiktiraf Asean sebagai sebuah kawasan atau zon yang aman, bebas dan berkecuali. Sewaktu zaman peralihan kuasa, Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia. Bagi memastikan hasrat Malaysia untuk mewujudkan kawasan aman, bebas dan berkecuali dapat diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar yang lain, Malaysia perlu mengubah dasar dan sikapnya terhadap China. Malaysia berkeyakinan bahawa dengan menjalinkan hubungan dengan negara China, negara tersebut akan mengurangkan sikap permusuhan dengan Malaysia dan menghentikan sokongannya terhadap PKM. Hubungan diplomatik bermula ketika Tun Abdul Razak membuat lawatan rasmi ke negara China pada tahun 1974.

Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.

Dasar berkecuali ini kemudiannya diteruskan oleh Tun Hussein Onn yang memerintah antara tahun 1976 hingga 1981 yang menggantikan Tun Razak pada tahun 1976 sebagai Perdana Menteri .Walaupun berkecuali, dari segi politik Malaysia masih bersikap pro-Barat. Dalam masa yang sama, Malaysia juga memberikan keutamaannya dalam hubungan dengan negara-negara dalam ASEAN. Sikap berkecuali yang diamalkan kemudiannya ialah kerana kepentingan nasional Malaysia dapat dijamin melalui tindakan ini. Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya.

Dasar Luar Era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam periode kepimpinan Tun Dr. Mahathir (1981-2003), dasar luar Malaysia dilihat begitu menarik kerana bersalutan isu-isu yang menimbulkan kontroversi dan mengundang perdebatan hangat. Peranan beliau dalam dasar luar begitu meluas melebihi penguasaan Perdana Menteri sebelumnya. Dr. Mahathir mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam, sekali gus perhatian yang tinggi ke atas dasar luar Malaysia. Persoalan mengenai kebangkitan Islam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel, krisis ekonomi serta jurang penguasaan negara maju dengan negara sedang membangun yang ketara menjadi tumpuan dasar luar Malaysia pada zamannya. Tun Dr. Mahathir mempelopori beberapa perubahan drastik dalam pelaksanaan dasar luar iaitu tidak sekadar refleksi daripada situasi dan kedudukan antarabangsa, tetapi menggambarkan pendekatan proaktifnya dalam menangani isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan kepentingan negara dunia ketiga dan negara-negara Islam.

Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir, Malaysia telah membuat beberapa perubahan dengan mengambil pendekatan yang lebih berani dalam menyuarakan isu-isu antarabangsa. Di samping itu, Tun Dr.Mahathir juga telah berusaha untuk mendekati negara-negara kecil di Selatan Pasifik dan Afrika. Bagi menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara negara-negara tersebut,

Malaysia telah menawarkan diri untuk memberikan kerjasama teknikal kepada negara-negara sedang membangun.

Tun Dr. Mahathir juga telah mengenengahkan isu kepentingan Antartika terhadap kesejahteraan manusia sejagat. Isu Antartika sebenarnya timbul berikutan keghairahan sesetengah negara mengeksplotasi benua berais di Kutub Selatan untuk kepentingan ekonomi dan politik negara-negara tersebut tanpa memikirkan kesan jangka panjang ke atas sistem ekologi dunia. Tun Dr. Mahathir juga dengan lantang telah menyuarakan pandangan tentang isu-isu Negara Dunia Ketiga seperti penindasan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin, dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju, reformasi sistem pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang selama ini berada di bawah dominasi kuasa-kuasa besar dunia, isu-isu berkaitan penyalahgunaan dadah dan isu terbaru ialah tentang kawalan

Dasar luar Malaysia di zaman Abdullah Badawi dari 2003 hingga kini pula disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Perdana Menteri kelima itu meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengukuhkan dasar luar sedia ada.Walaupun dasar luar yang diamalkan Abdullah masih sama namun pendekatan yang digunakan bagi menyampaikan aspirasi nasional di arena antarabangsa agak berbeza bersesuaian dengan keperibadian beliau yang agak sederhana. Walaupun baru beberapa tahun memegang teraju pemerintahan negara, tetapi apabila menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu dasar luar beliau telah mempamerkan kematangan, ketelusan dan sikap yang pragmatik. Beliau akan tegas menggesa masyarakat antarabangsa terutamanya kuasa-kuasa besar supaya memahami isu-isu yang menjadi punca sebenar yang mencetuskan keganasan, antaranya dasar kuasa besar terhadap Palestin dan Iraq.

Sebagai Pengerusi OIC, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan kepada masyarakat dunia bahawa Islam adalah agama kedamaian yang menentang keganasan, katanya. Sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab untuk memaparkan kepada dunia bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam moden, dinamik, bertanggungjawab dan boleh dipercayai untuk menjadi rakan perdagangan dan tempat yang selamat untuk melabur dan melancong. Mengenai dasar luar negara, Abdullah berkata Malaysia perlu mengurus dan mentadbir secara bijak jalinan perhubungan yang diwujudkan dengan negara-negara lain melalui dasar luar yang berprinsip, bebas dan pragmatik dalam usaha memelihara kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu Palestin, Iraq, Afghanistan, Lubnan dan Syria sebagai tanda sokongan kepada umat Islam sejagat. Malaysia mahu menjalin kerjasama rapat dengan semua negara, bukannya bermusuh dengan negara asing. Malah, kita komited dan berpegang pada pendirian untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain dan menyelesaikan sebarang masalah secara aman.

c- Analisis penglibatan Malaysia dalam Isu antarabangsa.

1. Ekonomi.

Definisi

LID bermaksud Dialog Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Dialog. Dialog ini merupakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika . Lokasi dialog ini diadakan di pulau Langkawi .

Latar belakang LID

Dialog Antarabangsa Langkawi dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1995 bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara Afrika yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kemiskinan, dan masalah negara yang pernah dijajah. Dr Mahathir Mohamad tidak mahu negara membangun dikongkong oleh gagasan dan wawasan dari negara barat semata-mata. Kita mestilah keluar dari pemikiran polisi antarabangsa yang tersekat kepada negara Barat semata-mata. Mentaliti negara dijajah dan bekas negara penjajah hendaklah dihapuskan. Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (CPTM) ditubuhkan melalui Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Perkongsian Pintar diasaskan oleh Malaysia. Selepas LID, wujud pula SAID di Selatan Afrika dan kini CID di Carrebean. Perkongsian pintar ini terbuka dan melibatkan ahli-ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan, pemimpin buruh, pengamal media, ahli akademik, aktivis budaya dan badan-badan bukan kerajaan.

Malaysia dan negara-negara membangun yang lain atau dikenali juga sebagai Negara-negara Selatan menghadapi beberapa masalah ekonomi akibat terlalu bergantung pada hasil eksport. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana kira-kira 50% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia merupakan kegiatan eksport (ekonomi terbuka). Untuk mengatasi masalah ekonomi itu, Negara-negara Selatan telah melakukan beberapa langkah seperti menganjurkan. LID yang dianjurkan oleh Malaysia adalah berperanan memanjukan ekonomi Negara-negara Selatan Selatan dan Negara membangun yang lain. Pelaburan Malaysia di Negara Selatan-Selatan berjumlah AS$4.8 bilion (RM17.6 bilion) pada tahun lepas berikutan usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak firma tempatan melabur di negara membangun. Malaysia telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan banyak negara Selatan-Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan, perbankan dan kewangan, pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama teknikal dan perdagangan. Sebagai bukti menurut Tan Seri Rafidah pelaburan keseluruhan Malaysia di seberang laut telah meningkat kepada AS$5.9 bilion (RM21.5 bilion) dalam 2006 daripada AS$3 bilion (RM11.3 bilion) dalam 2005.

Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di seberang laut, khususnya di negara Selatan-Selatan. Ini termasuk perbelanjaan permulaan yang dikecualikan cukai. Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan banyak negara membangun untuk menggalakkan pelaburan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan. Selaras dengan tema LID 2007 `Pembasmian Kemiskinan menerusi Pembangunan Modal Insan dan Pembinaan Keupayaan', Salah satu pencapaian yang dapat dilakukan melalui teknologi bio adalah salah satu alat yang boleh membantu dalam usaha membasmi kemiskinan. Kemunculan teknologi ini selaras dengan peningkatan cabaran getir yang terpaksa dihadapi beberapa negara membangun, seperti isu berhubung pembekalan makanan yang mencukupi.Aplikasinya akan meningkatkan nilai yang dihasilkan oleh sektor pertanian, termasuk membolehkan usaha membawa pulangan hasil yang lebih baik berbanding sebelum ini, terutama dalam keadaan peningkatan jumlah penduduk yang amat ketara ketika ini.katanya. Teknologi bio akan membantu menghapuskan kemiskinan dalam tempoh singkat, manakala dalam tempoh jangka panjang pula ia akan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi dunia. Malaysian Biotech Corp turut mengambil bahagian dalam pameran LID di sini.

Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC (APEC Telecommunications and Information Working Group). Kumpulan Kerja Telekomunikasi APEC (TEL) telah ditubuhkan dalam tahun 1990 sebagai salah satu sektor kumpulan kerja di bawah naungan APEC. APEC TEL mengadakan mesyuarat dua kali setahun dan giliran negara yang menjadi tuan rumah bagi perjumpaan ini adalah mengikut pusingan di antara negara-negara APEC. Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC Ke-27 (27th APECTEL) yang dijadualkan berlangsung pada 24 - 28hb Mac 2003 di Kuala Lumpur. APEC TEL bertanggungjawab memberikan laporan tentang segala aktivitinya kepada Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Maklumat APEC yang dijalankan setiap dua tahun sekali.

Elekomuniti Asia Pasifik (APT). APT telah ditubuhkan pada Mei 1979 untuk berkhidmat sebagai organisasi telekomunikasi kawasan melalui perjanjian di antara kerajaan. APT terdiri daripada 30 buah negara yang menjadi ahli, 4 buah negara sebagai ahli bersekutudan 41 buah negara sebagai ahli gabungan. Struktur organisasi terdiri daripada 3 peringkat, yakni Perhimpunan Umum, Jawatankuasa Pengurusan dan Urusetia yang beribu pejabat di Bangkok, Thailand.

Malaysia telah menjadi ahli rasmi APT pada 1hb Julai 1979 yang diwakili oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Ahli-ahli gabungan APT yang terdiri daripada beberapa syarikat telekomunikasi Malaysia adalah Binariang, Celcom, Telekom Malaysia, Time Telecom dan Digi Telecom. Sementara bagi Ericsson Telecom pula penyertaannya dalam APT bermula pada 1hb Jan 1996.

2. Alam sekitar

Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua kerajaan Komanwel pada 1989. Malaysia juga telah menandatangani kebanyakan perjanjian alam sekitar pelbagai hala, yang telah diberi keutamaan oleh masyarakat antarabangsa antaranya, Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim, Konvensyen Kepelbagaian Biologi, Konvensyen Basel Mengenai Pergerakan Merentasi, Sempadan Bahan Buangan Berbahaya, Konvensyen Vienna Mengenai Lapisan Ozon, Konvensyen Stockholm Mengenal Persistent Organic Pollutants, Konvensyen Ramsar Mengenal Tanah Lembap, Konvensyen Mengenai Perdagangan Spesies Flora dan Fauna yang di ancam Kepupusan. Kesemua ini merupakan penglibatan dan prihatin Malaysia bersama dasar luarnya terhadap alam sekitar.

Para saintis yang menyelia kajian yang paling luas tentang ekosistem sedunia dan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi, pada hari ini mengumumkan pembukaan sebuah pejabat yang bertempat di ICLARM - Pusat Perikanan Dunia di Pulau Pinang, Malaysia.

Kajian itu yang dipanggil Penilaian Ekosistem Milenium (MA) merupakan kajian 4 tahun dan usaha ini yang bernilai RM79,800,000 (US$21 million) akan dilaksanakan di seluruh dunia. Pengarah Eksekutifnya, seorang pakar zoologi, Dr Walter V.Reid yang juga akan berada di Pulau Pinang akan menyelaraskan kerja-kerja lebih kurang 1,500 ahli sains dari pelbagai institusi.

Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua kerajaan Komanwel pada 1989. Persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus mendapat perhatian pemimpin dunia. Persidangan Perhutanan Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri Negara Membangun pada April 1992 di Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar dikembalikan.

Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga 1997 sebagai Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi penekanan kepada persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan. DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan ketika merasmikan Kongres Jalan Raya Dunia ke-XXI, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 Oktober lalu berkata, negara di seluruh dunia perlu menyeimbangkan keperluan antara pembangunan dengan alam sekitar bagi memastikan perkembangan mutu hidup diteruskan tanpa menggugat sumber asli yang semakin terhad. Dilema yang dihadapi kebanyakan negara membangun ialah untuk menyeimbangkan keadaan antara pembangunan dan alam sekitar. Di Malaysia, pembangunan berterusan dengan penekanan kepada perlindungan alam sekitar telah diberi keutamaan dalam strategi pembangunan.

Jelaslah di sini, persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus mendapat perhatian pemimpin dunia. Persidangan Perhu'tanan Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri Negara Membangun pada April 1992 di Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar dikembalikan. Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga 1997 sebagai Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi penekanan kepada persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan. Keperluan memulihara alam sekitar perlu dilihat dari sudut seimbang dan perhatian yang sewajarnya perlu diberikan dalam menggalak dan mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi termasuk pembasmian kemiskinan, memenuhi keperluan asas dan meningkatkan taraf kehidupan.

3. Politik.

Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), telah ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September. Penglibatan Malaysia dalam OIC telah bermula pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Melalui pertubuhan ini, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam soal kestabilan politik negara-negara Islam. Banyak isu-isu dalam dunia Islam yang telah dibincangkan melalui pertemuan-pertemuan ketua-ketua Negara-negara Islam bermula di Rabat 1955. Melalui peranan Malaysia dalam OIC ini kebanyakkan bahawa ia berpengaruh ke arah kestabilan politik negara-negara anggota.

Tujuan utama penubuhannya ialah mewujudkan kerjasama antara negara-negara anggota bagi memupuk perpaduan umat Islam di dunia. Ia juga bertujuan mengumpulkan sumber negara-negara Islam dalam menggalakkan kepentingan mereka dan menyatupadukan usaha mereka untuk bercakap sebagai satu suara dalam meningkatkan keamanan dan keselamatan dunia Islam. Dasar luar Malaysia yang mengutamakan pemeliharaan keamanan serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antarabangsa, menyaksikan negara ini terlibat dalam membantu mencari penyelesaian di dalam beberapa isu antarabangsa melibatkan umat Islam.

Malaysia dalam sidang pertemuannya bersama Pemimpin-pemimpin Negara Islam (OIC) telah menyuarakan banyak persoalan. Peranan Malaysia dalam menegaskan persoalan politik ini memberikan kesan untuk menangani permasalan tersebut. Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan AS menjarah dunia ini. AS bersikap talam dua muka apabila cuba menyekat pembangunan teknologi nuklear di negara membangun, tetapi terus membiarkan kuasa-kuasa besar Peranchis, Britain, Russia, China dan Israel menguji senjata nuklear mereka. Hakikatnya AS bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa nuklear baru yang dilihat berupaya mengancam kepentingan AS dan Israel. Kita kesal apabila AS terus menekan Iran menggunakan isu nuklear ini. Di Iraq sebelum inipun mereka mencanangkan kononnya Baghdad mempunyai senjata pemusnah, tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu, kita menyeru pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif menyelesaikan isu-isu penindasan di Palestin, Khasmir, Selatan Thai, Moro, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chechnya, Bosnia, Sudan dan lain-lain. Isu-isu ini tidak akan dapat diselesaikan selagi pemimpin umat Islam tidak mempunyai kehendak politik (political will) untuk membela kepentingan saudara seagama mereka. Kita tidak tahu apa sebenarnya fungsi OIC dalam soal ini dan mengapa Pengerusi OIC lebih leka merasmikan pameran batik dan kebaya ketika umat Islam terus menderita di merata dunia. Kita tidak boleh hanya sekadar berbangga kerana mengetuai OIC tetapi tidak berupaya untuk mengangkat martabat ummah Islam. Malaysia bukan sahaja tidak membawa OIC ke mana-mana, tetapi Pengerusi OIC sendiri langsung tidak dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai pemimpin umat Islam global.

Malaysia yang cuba mempersoalkan Isu Palestin yang bermula pada 1948 apabila tanah mereka dirampas oleh Israel, masalah Palestin adalah masalah yang lama dan kronik pada hari ini. Masalah di Timur Tengah kini menjadi lebih besar dengan krisis politik yang berlaku di Lubnan dan konflik berdarah di Iraq yang sehingga kini belum selesai. Peranan Malaysia sebagai anggota OIC dan Liga Arab mencari penyelesaian terutama berkenaan masalah Timur Tengah. Tidak jauh dari kita, beribu-ribu orang menderita...mereka terperangkap di tengah-tengah peperangan. Perkara ini adanya bantuan bagi kesengsaraan bila penyelesaian kepada masalah dan isu yang mereka hadapi hari ini dapat diselesaikan. Sidang Kemuncak dua hari itu di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz di sini dibuka oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud. Dalam konteks Timur Tengah, penyelesaian dua negara di di mana Israel dan Palestin mengiktiraf satu sama lain dan tinggal bersebelahan dengan aman dan selamat merupakan sesuatu yang OIC dan Liga Arab terus usahakan. Perdana Menteri juga berkata beliau gembira dengan perkembangan yang berlaku dengan kemunculan kerajaan perpaduan Palestin melibatkan Fatah dan Hamas.

Liga Arab dilihat telah gagal dalam menyelesaikan isu Palestin ini bahkan mereka sendiri dilihat saling bercakaran antara satu sama lain akibat perbezaan pendapat dan pandangan. Pelbagai jenis persidangan diatur dan dilaksanakan sejak puluhan tahun yang lalu namun hasilnya hanya di atas kertas tanpa perlaksanaan yang signifikan. Raja Abdullah yang mewakili kerajaan Arab Saudi yang berperanan mengatur kerajaan perpaduan Palestin sudah pasti menarik nafas gusar akibat kegagalan inisiatif yang dibentuknya. Oleh itu Malaysia menggunakan kerusinya sebagai Pengerusi OIC untuk setegas mungkin menyelesaikan isu ini. Persepakatan antara anggota OIC yang lain turut diperlukan dalam membantu Palestin menikmati kembali kedamaian seterusnya mengecapi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang merdeka serta bebas dari cengkaman Israel dan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun usaha untuk mendamaikan Hamas dan Fatah dilihat merupakan satu usaha yang sukar memandangkan kedua-dua belah pihak mempunyai prinsip dan pandangan politik yang sangat berbeza antara satu sama lain. Sejarah sendiri telah memaparkan betapa kesatuan antara kedua-dua kumpulan ini boleh dikatakan amat mustahil untuk dilaksanakan. Namun sejarah pada bulan Mac yang lepas juga turut memperlihatkan bahawa masih terdapat persefahaman dan titik temu yang boleh dicapai antara kedua-dua belah pihak. Faktor Palestin sebagai tanah air yang perlu dipertahankan serta ancaman kejam Israel yang merobek maruah mereka boleh dijadikan faktor penentu perpaduan antara kedua-dua pihak. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh Malaysia dan OIC seharusnya ialah memastikan masalah tersebut diselesaikan.

KESIMPULAN.

Melalui peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik melalui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) nyata memberikan harapan agar suasana politik Negara-negara anggota terjamin. Usul-usul dan peranan yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Keupayaan Malaysia telah menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar kestabilan politik Malaysia. Peranan Dasar Luar juga memainkan keupayaan Malaysia dalam perkembangan social, ekonomi dan politik. Sesungguhnya dasar luar juga mencerminkan kerangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada pemerintahan Malaysia.

RUJUKAN

Al-Hafiz . (1990) Dasar Luar Malaysia Satu Tinjuan Khas, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dr.Hashim Husin (1990), Malaysia Ke arah Kemajuan, Pustaka Media Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd.

Mohd Noor Mat Yazid (1994), Kajian Dasar Luar Malaysia, Pustaka Antara

Media Sdn. Bhd.

Mokhtar A. Kadir (1991), Malaysia Bersama Dasar Luar, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dialog_Antarabangsa_Langkawi

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=JUL&m=3&t=&r=m&i=LAT

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=print&sid=3647

http://www.turkishweekly.net/interview.php?id=87

http://shoubra-student.blogspot.com/2007_05_01_archive.html

http://yksm.com.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=189&Itemid=85

http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=print&sid=1685

http://web5.bernama.com/events/LID2007/newsbm.php?id=277362

http://www.mima.gov.my/mima/htmls/papers/pdf/nazery/Malaysia%20%20perundangan%20_26Jun07_.pdf

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_08.htm

http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99a21.htm

http://web5.bernama.com/client/newiwk/bm/template.php?id=234191

http://www.mca.org.my/English/Parliament/Pages/LohSengKok(KelanaJaya)mintaMENTERISUMBERASLIDANALAMSEKITARmenyatakanperjanjian-perjanjianalamsekitarantarabangsayangtelahdi.aspx

http://www.geocities.com/Athens/Olympus/9443/bab_7.html

http://www.mosti.gov.my/opencms/export/MostePortal/KAS/KASfunctionEn.html

http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99c14.htm

http://www.ambafrance-my.org/spip.php?article405

http://www.ladang.net.my/idimensi/modules.php?name=News&file=article&sid=1096

http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/pengaman.html

http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=print&sid=693berdaulat’.

http://force136.fotopages.com/?entry=602874

http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunHusseinDatoOnn.htm

http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunkuAbdulRahman.htm#Kandungan

http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMMahathirbinMohammad.htm#Kandungan

http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267

http://blisdemo.bernama.com/article.phtml?SN=d3439ce4ad04c5cc677b7e5ce8af2109&s=10&p=10906

http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267